Jumaat, 21 Disember 2012

TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING


entry kali ni ditujukan buat korang yang mula berjinak jinak nak bela kucing tapi macam
 tak berapa nak paham kenapa tiap kali bela anak kucing, mesti jatuh sakit, 
lepas tu gol! selain jawapan "dah ajal" ok aku nak jugak share apa punca 
kematian anak kucing nih.

sebelum tu, buat korang yang baru adopt anak kucing tu, first sekali apa yang korang kena buat?
ni adalah baby yg aku kutip kat jalanan!!!

1. pergi ke klinik haiwan untuk dapatkan suntikan cacing dan kurap. actually suntikan ni sangat penting untuk si baby yang berusia lebih kurang sebulan macam tu. anak kucing memang senang ada cacing dalam perut. antara simptomnya adalah perut kucing tu bulat dan boroi. haha. korang ingat anak kucing yang kepala kecik tibe tibe boroi tu comel? memang la comel tapi sebenarnya dalam perut tu ada cacing yang boleh membunuh!

- klinik haiwan kerajaan, satu suntikan cacing hanya rm10 sahaja. tapi kalau swasta maybe rm30. :)



2. anak kucing perangan tak ubah macam budak kecik baya adik adik kita tu. hehe. selalu selsema dan sakit mata. kalau korang nak tahu, penyakit paling senang dijangkiti adalah sakit mata. dan sakit mata ni ada pembunuh utama kucing especially anak kucing. so, bila anak kucing sakit mata, cepat cepat bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan. doktor akan bagi ubat titis dekat mata. kosnya kalau kerajaan rm10, kalau swasta, rm30 :)



3. kalau anak kucing korang yatim piatu, takde ibu susuan, korang boleh beli susu tepung khas untuk anak kucing dekat kedai haiwan. harganya cuma rm20 satu paket. awas! elakkan guna picagari untuk bagi susu tu, sebab pancutan susu yang kuat dari picagari tu boleh sebabkan anak kucing mati tersedak lalu menjadi arwah. haha. so gunakan botol susu yang puting lembut tu supaya anak kucing boleh nyonyot. sedap ohh..

so tu je tips simple untuk korang yang baru nak belajar bela anak kucing. ingat! kucing ni haiwan kesayangan nabi..jaga lah kebajikan mereka!

pembuka cerita!!



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..sihat ke semua??hope sihat la deh!!alhamdulilah irah sihat!! (ceeeewwwahhh macam la ada yang tanya irah sihat tak..hihihi..overr je lebih..sory3 J)
Irah nak start dah nie..tapi mana yang harus irah start??? Takkan nak terus start pasal cerita kucing...apa kata kalau irah start dengan cerita irah dulu (latar belakang keluarga irah lah)...
Okey2  atas pemintaan ramai, irah start latar belakang irah dulu yee...jgn isau, ni bukan sejarah kehidupan irah (mcm sejarah yg korang belajar kat sekolah..ada yang tidur masa sejerah nie kan???ngaku jelah)..okey, irah start cerita irah ye..
Pada suatu hari sang harimau!!!! (eh eh eh silap nada cerita..)
Okey serius nie...irah ni simple je...habis cerita...hahahhahaah J
Haha...senang cerita irah kan..simple je..tapisungguh irah simple je..dr semua aspek irah simple je..irah tak ambil kisah dgn trend-trend terkini...yang irah tahu, pakaian irah tutup aurat..tu saja..
Okey..irah lebih suka guna perkataan “rilex deh”..
Okey nama irah mcm yg semua dah tahu nur shahirah..umur irah kalu ikut IC tahun 2020 ni 26tahun..muda lagi kottt..hihi..irah ank ke 5 dari 6 adik beradik..alhamdulilah keluarga irah semua berjaya..umi irah lak, seorang yang bagus, irah respect sesangat kat umi irah..nak tahu sebab??? Sebab dalam serba kekurangan umi irah dapat mendidik anak-anak dia menjadi insan yang berguna..alhamdulilah..okey habis pasal keluarga irah..
Irah nak start citer sal minat irah lak...irah punya minat tak lah hebat sgt..mcm minat korang..minat irah simple je..minat kat kucing..irah dr kecil memang di didik oleh abah irah untuk mencintai kucing..dulu kecil-kecil, irah suka sangat main nga kucing!!! Sampai ada anak kucing mati sebab irah selalu uli-uli dia..hahahah..jahat tak?? Alah masa tu kecik agi..xdpt pikir dengan sempurna la..hahah..
Minat irah ni sampai la ke sekarang..tp sekarang minat irah jadi lain sikit!! Irah jadi makin minat kat kucing...irah memang dididik dan dibesarkan dengan kucing jalanan..bila dah dapat berfikir dengan matang ni..fikiran irah jadi makin luas..irah jadi makin minat nak tolong kucing jalanan pula..sebab tu la sekarang, tahun 2013 ni, walaupun masih berpegang pada gelaran pelajar, irah tetap tak mengalah..pelajar bukan saja ditugaskan untuk belajar 24jam, tetapi untukmelakukan kerja amal pun boleh juga..
Jadi dengan rasmi nya, irah mengistiharkan yg diri irah sekarang ni, menjadi pembela nasib kucing-kucing jalanan..bila irah dah sertai sendiri aktiviti irah, baru la irah tahu, sengsaranya kehidupan kucing jalanan..sengsara kenapa??sengsara sebab kita..yang terlalu pandang rendah terhadap mereka...kita ni sombong, sebab kita dikurniakan otak dan akal sedangkan mereka hanya dikurniakan otak..tu la sebab kita buat mereka tidak penting..
“bila suka kita ambil, bila benci kita buang”
tak perlu kita nafikan, tu memang sikap kita!! Kita sanjung pada yang cantik, wangi, lawa, tapi kita buang pada yang hodoh, busuk, berkurap, berkudis, sebab pada kita, yang hodoh, yg busuk, tidak layak untuk tinggal dengan kita yg wangi nie...betul tak?? Mesti betul pd yg suka mmbuang kucing.. tp mesti tak betul pd yg suka akan kucing jalanan..sbb bg pncinta kcg jalanan, seburuk mn, seteruk mn, mereka tetap cantik, mereka tetap wangi..

saja luahan hati untuk halaman pertama nie..

Alhamdulilah...bersyukur kehadrat ilahi dapat juga irah menyiapkan blog ni, walaupun tak sepenuhnya siap..hihihi..blog ni sebenarnya, bertujuan untuk irah sendiri, menceritakan penderitaan, keperitan kucing-kucing jalanan yang kita terlepas pandang.. sebenarnya kan, irah nak tanya pernah tak korang rasa yang haiwan jalanan ni boleh hidup dengan selesa bila korang campak dia kat jalanan??? jika ya jawapan korang..irah rasa korang kena pergi mandi air kolah 7masjid lah..hihihi sebab jawapan nya tidak!!!! korang tahu tak derita nya kucing-kucing yang korang campak kat jalanan tu??korang tahu tak?? mesti la tak kan!!! sebab tu korang buat keputusan untuk buang diorg semua kat jalanan!!! kat pasar-pasar!! korang fikir bila buang kat pasar!! dia dapat makan ikan!!okey pemikiran korang betul..tahniah irah ucapan...tapi korang gagal berfikir bahaya yang akan datang pada kucing-kucing korang!!!korang gagal fikir pasal tu!! maut yang menanti mereka?? pernah korang fikir?? maut dilanggar?? maut dibuli??mesti tak terlintas pun kat fikiran korang kan??betul tak?? bila korang baca ni?? baru korang terfikir kan?? jika ya..irah rasa korang ni bukan saja kena mandi air kolah masjid..kena mandi bunga sekali..semua jenis mandi korang kena buat kalau perangai korang macam ni...korang kena mandi lumpur!!! irah gurau je!! sebenarnya irah sangat marah, kalau ada orang yang berfikir untuk kesenangan dan keselesaan diri dia tapi dia abaikan orang lain atau haiwan lain..
ni wajah mereka!!bila korang buang mereka!!! korang tengok lah!!!mereka tidak terurus dari segi makanan,minuman,tempat tinggal, kesihatan!!! ada korang fikir!!! mesti tak..sebab tu korang buang mereka..
diblog ni, irah akan ceritakan pada korang bertapa peritnya kehidupan mereka dijalanan..