Jumaat, 21 Disember 2012

TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING


entry kali ni ditujukan buat korang yang mula berjinak jinak nak bela kucing tapi macam
 tak berapa nak paham kenapa tiap kali bela anak kucing, mesti jatuh sakit, 
lepas tu gol! selain jawapan "dah ajal" ok aku nak jugak share apa punca 
kematian anak kucing nih.

sebelum tu, buat korang yang baru adopt anak kucing tu, first sekali apa yang korang kena buat?
ni adalah baby yg aku kutip kat jalanan!!!

1. pergi ke klinik haiwan untuk dapatkan suntikan cacing dan kurap. actually suntikan ni sangat penting untuk si baby yang berusia lebih kurang sebulan macam tu. anak kucing memang senang ada cacing dalam perut. antara simptomnya adalah perut kucing tu bulat dan boroi. haha. korang ingat anak kucing yang kepala kecik tibe tibe boroi tu comel? memang la comel tapi sebenarnya dalam perut tu ada cacing yang boleh membunuh!

- klinik haiwan kerajaan, satu suntikan cacing hanya rm10 sahaja. tapi kalau swasta maybe rm30. :)



2. anak kucing perangan tak ubah macam budak kecik baya adik adik kita tu. hehe. selalu selsema dan sakit mata. kalau korang nak tahu, penyakit paling senang dijangkiti adalah sakit mata. dan sakit mata ni ada pembunuh utama kucing especially anak kucing. so, bila anak kucing sakit mata, cepat cepat bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan. doktor akan bagi ubat titis dekat mata. kosnya kalau kerajaan rm10, kalau swasta, rm30 :)



3. kalau anak kucing korang yatim piatu, takde ibu susuan, korang boleh beli susu tepung khas untuk anak kucing dekat kedai haiwan. harganya cuma rm20 satu paket. awas! elakkan guna picagari untuk bagi susu tu, sebab pancutan susu yang kuat dari picagari tu boleh sebabkan anak kucing mati tersedak lalu menjadi arwah. haha. so gunakan botol susu yang puting lembut tu supaya anak kucing boleh nyonyot. sedap ohh..

so tu je tips simple untuk korang yang baru nak belajar bela anak kucing. ingat! kucing ni haiwan kesayangan nabi..jaga lah kebajikan mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan